AKAN MUNCUL DI PAWAGAM TAK LAMA LAGI.....
Wednesday, April 21, 2010
JGN LUPA SAKSIKAN SEBUAH EPIK RAKYAT YANG DINANTI - NANTIKAN SEANTERO DUNIA!!!!!
Sumber: SATIRA POLITIKUS
Dipetik dari agensi Husin Lempoyan ....
Walaupun dia bukan seorang melayu, tapi saya hormat pada prinsip yang dipegang oleh Matthias Chang.Beliau adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr.Mahathir.
Dia rasa hakim yang kendalikan kes dia tak betul, maka dia lawan hakim berkenaan dan didapati bersalah kerana menghina mahkamah. Dia diminta membayar denda RM 20 ribu dalam masa seminggu. Jika gagal dia akan dipenjara sebulan.
Dia tidak takut dengan hukuman penjara, walaupun sebuah NGO telah mengutip dana untuk dia sebanyak RM 20 ribu. Dia tetap memilih untuk dipenjara, kerana dia yakin dia berada di pihak yang benar.
Inilah contoh manusia berprinsip dan yakin dia berada di pihak yang benar. Berani kerana benar, takut kerana salah. Dia tidak pernah minta tukar hakim yang mengendalikan kesnya. Tetapi dia lawan lagi hakim berkenaan hingga sanggup ke penjara.
Adakah Anwar seberani ini ?
Matthias Chang telah dibawa ke Penjara Kajang hari ini untuk menjalani hukuman penjara. Polis tidak tangkap dia di tengah jalan atau dia cuba melarikan diri. Dia datang ke mahkamah dan tunggu waran dikeluarkan untuknya.
Sungguh luar biasa keberanian manusia ini, walaupun tanpa penyokong-penyokong yang ramai.
Rakyat Malaysia harus tunggu depan pintu penjara di hari pembebasan beliau kelak, sebagai tanda sokongan kepada beliau di atas keberaniannya yang luar biasa.
Saya yakin Anwar sudah terkencing melihat kes ini.
© Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP